Tuesday 18 October 2011

OBJEKTIF

Mahu tahu apa objektif umata LINUS??? Mari kita lihat di bawah :


1. Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.

2. Memastikan pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh    negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.

3. Memberi kefahaman dan menigkatkan motivasi kendiri dalam pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

APA ITU LITERASI???

Apabila kita lihat perkataan LITERASI pasti ada yang tertanya ape itu LITERASI?? Bagi yang dalam dunia pendidikan pastinya lebih arif dalam pengertian LITERASI....

LITERASI ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.....